PROGRAM PENDAFTARAN DAN ORIENTASI MURID TAHUN 1 DAN PRASEKOLAH SESI 2010

24 NOVEMBER 2009 SK Kuala Kuang telah mengadakan Program pendaftaran dan orientasi Murid tahun 1 dan prasekolah bagi sesi persekolahan 2009.Program bermula pada pukul 9.00 dan berakhir pada pukul 11.00.Antara aktiviti program tersebut ialah mengisi borang pendaftaran dan maklumat murid,peraduan mewarnadan sesi penerangan waris oleh PK HEM baru SK Kuala Kuang,En Jamaluddin B Hussin.Selepas sesi penerangan waris,Semua waris diberi jamuan ringan dan majjlis bersuarai tepat jam 11.00 pagi.


(Pn Roshidah & Pn Mazni sedang melayan waris murid tahun 1)


(Seorang waris sedang mengisi borang maklumat murid tahun 1)


(Antara waris wanita yang hadir)


(Pn Salwa sedang beramah mesra dengan waris pra sekolah)




(Peraduan Mewarna & Sesi berkenalan sesama murid tahun 1)


(PK HEM ,En Jamaluddin B Hussin Sedang memberi penerangan kepada waris)



(AJK Makanan sedang membungkus makanan untuk diedarkan kepada semua waris & Guru yang hadir)

Aktiviti jQAF 2009

KEM BESTARI SOLAT (KBS) 2009

Semua murid jQAF Tahun 1 Hingga Tahun 4 terlibat sebagai peserta kem.

Berikut Gambar-gambar yang sempat dirakamkan sekitar perjalanan kem:



Kem Literasi Al Quran (KLAQ) 2009

Peserta terdiri dari kalangan murid jQAF yang belum menguasai bacaan iqra' 4.

Gambar-gambar yang dirakamkan:

Hari Anugerah Cemerlang SK Kuala Kuang 2009

11 November 2009 SK Kuala Kuang telah mengadakan Hari Anugerah Cemerlang.Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Yang Dipertua PIBG ,En Anuar B Mahmud.Guru Besar,En Mohd Rosli B Said turut memberi ucapan dan taklimat kepada waris yang hadir.Majlis Anugerah Cemerlang turut diserikan dengan beberapa persembahan murid.Selain daripada menyampaikan anugerah kepada murid yang cemerlang dalam pencapaian akademik,murid yang cemerlang dalam kokurikulum juga turut diberi anugerah.tokoh murid Unggul dirangkul oleh Adik Mohd Irfan B Che mud(lelaki) dan Adik Nurhikmah Bt Zakaria(Perempuan)..Majlis berakhir pada pukul 5.00 petang.

Berikut adalah gambar-gambar yang sempat dirakamkan :

KEM AKIL BALIGH SK KUALA KUANG 2009

Pada 21 ,22 & 23 Oktober 2009 SK Kuala Kuang di bawah Panitia Agama Islam dan jQAF telah mengadakan Kem Akil Baligh peringkat sekolah.Peserta Kem terdiri daripada murid tahun 6.Seramai 56 orang peserta telah menyertai Kem tersebut.Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah seperti berikut:

1. Wudhuk ,Teori dan Amali (Ustaz Saari)
2. Solat, Teori Dan Amali (Ustazah Ramnah & Ustazah Norfaizah)
3. Tayammum,Teori dan Amali (Ustazah Azura)
4. Ceramah Kenali Diri (Ustaz Shukri)
5. Solat Jenazah ,Teori dan praktikal (En Khairuddin)
6. Pembahagian Najis dan Cara menyucikannya (Ustaz Shukri)
7. Teori Mandi Wajib (Ustazah Che Nai)
8. Praktikal Mandi wajib (Ustaz Shukri & En Khairuddin)
9. Forum Akil Baligh(ustaz Shukri(pengerusi)Tn Hj Ishak & Ustazah Che Nai)

Alhamdulillah semua aktiviti berjalan dengan baik.

Berikut adalah Gambar-gambar sekitar aktiviti Kem yang telah dirakamkan:

Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat SKKK 09

28 SEPTEMBER 2009 SK Kuala Kuang telah mengadakan Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Sekolah.Sambutan yang diadakan cukup meriah.Berikut sekilas pandang gambar-gambar yang telah dirakamkan:

 

©2009 Blog SK Kuala Kuang | by TNB