ESOK TENGOK ANAK BULAN RAMADHAN



Pada hari Khamis 20 ogos 2009 bersamaan 29 syaaban 1430 H adalah hari yang ditetapkan untuk melihat anak bulan Ramadhan.Hal ini adalah salah satu cara untuk menentukan awal Ramadhan.Mengikut Ilmu Fekah terdapat dua cara dalam menentukan awal Ramadhan:

1.Rukyah hilal (melihat anak bulan)
2.Sempurnakan 30 hari bulan Syaaban.

Jika anak bulan kelihatan kita akan berpuasa pada hari Jumaat namun sebaliknya jika anak bulan tidak kelihatan kita semua akan memulakan ibadah puasa pada hari sabtu.Selamat Datang Bulan Ramadhan.Ramadhan Kareem......

UJIAN PKBS 2



Murid murid SK Kuala Kuang sedang menghadapi ujian PKBS 2.Mereka hanya mengambil pelajaran teras sahaja (Bahasa Melayu Pemahaman,Bahasa Melayu Penulisan,Agama Islam dan Jawi,Bahasa Inggeris Kertas 1,Bahasa Inggeris Kertas 2,Matematik dan Sains).Alhamdulillah mereka dapat menjawab soalan dengan tenang.Insyaallah Allah Permudahkan mereka dalam menimba ilmu pengetahuan dan menjadi Insan Yang berilmu ,beriman dan beramal dengan ilmu yang dipelajari.

MAJLIS CERAMAH ISRAK DAN MIKRAJ



Pada 28 Julai 2009 bersamaan 6 syaaban 1430 H.Panitia Agama Islam Dan jQAF dengan kerjasama PIBG telah mengadakan majlis ceramah Israk dan Mikraj.Penceramah yang telah diundang untuk menyampaikan ceramah pada malam tersebut ialah Alfadhil Ustaz Muhammad B Musa Alhafiz (Mudir Maahad Tahfiz ).Ramai tetamu yang hadir pada malam tersebut.Guru-guru ,waris serta murid-murid SK Kuala Kuang membanjiri Dewan Kantin SKKK.Alhamdulillah majlis berjalan lancar seperti yang dirancangkan.

 

©2009 Blog SK Kuala Kuang | by TNB